Tuesday, 27 March 2012

Kesan Sampingan Ubat..bayangkan!!

KESAN SAMPINGAN UBAT - UBATAN  ~ oleh Dr Hamid Arshat Pakar Sakit Puan

Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat berbagai - bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai - bagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor. Sekarang jenis ubat - ubatan hampir tidak boleh dikira banyaknya.
Pesakit - pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat - ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat - ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat - ubatan yang jarang - jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat - ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.

 Seorang doktor yang merawat pesakitnya sudah tentulah terpaksa menimbangkan apa yang dipanggil risk benefit ratio untuk mengunakan sesuatu jenis ubat - ubatan itu. Dia terpaksalah mencari ubat - ubatan yang paling rendah risiko kesan sampingan yang tidak diingini dan sebaliknya memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit itu.

Kesan sampingan sesuatu ubat - ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai - bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus , penyakit alahan dan sebagainya. Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam seleselma dirawat dengan ubat seperti panadol , antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat - ubatan itu timbullah merah - merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat - ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab. Kadangkala ibu memikirkan yang anaknya telah menghidap penyakit campak walhal bintik merah - merah di tubuh badan anaknya itu kebetulan adalah disebabkan oleh ubat - ubatan yang digunakan.
Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat ' gastritis ' sehingga boleh membawa kepada pendarahan  di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin. Setiap kali dia memakan ubat itu akan timbul kegatalan pada kulitnya. Kanak - kanak yang lelah boleh timbul lelahnya apabila dia diberi aspirin ; para doktor tidak gemar memberi aspirin untuk merawat kanak - kanak kecil yang demam kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa pengunaan aspirin ada kaitan dengan kejadian Sindrom Reye's yang melibatkan hati (liver) dan urat saraf kanak - kanak ini dan membawa kepada kegagalan sistem hati (liver failure) serta gangguan fungsi urat saraf. Aspirin juga digunakan untuk merawat penyakit seperti Rheumatoid Arthritis. Jika ubat ini dimakan dengan terlalu lebih boleh membawa kepada keadaan bingit di telinga (tinnitus) , perasaan huyang - hayang (vertigo) dan muntah - muntah. Seseorang kanak - kanak yang menghidap lelah banyak mendapati yang keadaannya boleh dikurangkan dengan memakan ventolin. Tetapi adakalanya ubat ini boleh menyebabkan kanak - kanak itu ketar tangannya dan ini mungkin mengeluh jantungnya berdebar - debar.Ubat - ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai -bagai gejala seperti ketar , perasaan huyung - hayang , sakit kepala dan sakit perut. seorang pesakit yang biasa saya rawat telah menelefon saya mengatakan yang anaknya tidak lagi lelah selepas memakan ubat ini tetapi mengeluh sakit perut. Apabila dia menghentikan memakan ubat Neulin sakit perutnya lega.

Ubat yang mengandungi bahan besi (iron tablets ) boleh menyebabkan sakit perut , membuatkan najis bewarna hitam. Ferrous sulphate biasa menyebabkan keadaan ini dan didapati Ferrous Fumarate lebih sesuai bagi kita kebanyakan mereka yang memerlukan bahan besi sebagai bahan rawatan anaemia .
Ada terdapat kanak - kanak yang menghidap penyakit sawan dengan kerapnya semasa diberi ubat disebut anti-convulsant. Terdapat pula berbagai - bagai jenis anti - convulsant seperti phenobarbitone , epilim ( sodium valproate ) , tegretol ( carbamazepine ) , mogadon ( nitrazepan ) dan sebagainya. Semua ubat - ubatan ini boleh memberi kesan sampingan dan pesakit - pesakit perlulah diawasi oleh doktor - doktor semasa mereka menerima rawatan ini . Kalau timbul kesan - kesan sampingan perlulah dilaporkan supaya dapat dinilai sama ada gejala - gejala itu disebabkan oleh ubat - ubatan yang berkenaan ; jika difikirkan ada perkaitan di antara gejala - gejala itu dengan ubat - ubatan yang telah diberi ubat - ubatan yang lain yang lebih sesuai boleh disarankan. Umpamanya seseorang kanak - kanak yang diberi ubat phenobarbitone kerana sawan boleh didapati selalu mengantuk dan mungkin menjejaskan pembelajarannya di sekolah ;sebaliknya ada pula kanak - kanak yang didapati sangat resah dan tidak boleh diam (hyperactive ). Jika ini berlaku doktor akan menilaikan sama ada perasaan mengantuk itu disebabkan oleh terlalu banyak phenobarbitone yang dimakan supaya dapat dikurangkan. Jika kanak - kanak itu didapati sangat resah disebabkan phenobarbitone ubat - ubatan yang lebih sesuai akan digunakan. Ubat ini didapati sesuai bagi kanak - kanak yang sawan yang memerlukan ubat seperti epilim ( Sodium Valproate ) tetapi adalaporan berlakunya gangguan kepada sistem hati atau liver hingga membawa maut kepada beberapa orang kanak - kanak yang mengunakan ubat ini. Tetapi saya tegaskan disini bahawa ubat seperti epilim ini adalah sangat berkesan dan kesan - kesan sampingan seperti ini jarang - jarang sekali berlaku tetapi adalah penting bagi seseorang doktor yang mengunakan ubat ini selalu mengawasi yang si pesakit tidak menunjukkan tanda - tanda gangguan sistem hati. Biasanya keadaan ini berlaku ke atas sekumpulan kecil kanak - kanak sahaja. Adalah difikirkan keadaan ini berkaitan dengan konstitusi kanak - kanak itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan terlampau banyak ubat digunakan.
Ubat steroid memang selalu dikenali sebagai ubat yang mempunyai potensi memberi kesan sampingan yang merbahaya terutamanya jika digunakan dengan berlebihan. Steroid adalah ubat yang sangat berguna dalam merawat berbagai - bagai penyakit tetapi jika terlalu banyak digunakan boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu menjadi bulat (moon face) , mengubah corak bahu (buffalo hump) dan jika digunakan dengan lama ubat ini akan menjejaskan tumbesarannya. Ada banyak lagi kesan - kesan sampingan seperti penggunanya lebih mudah diserang penyakit dan glukos boleh dikesan pada kencingnya seperti orang yang menghidap penyakit kencing manis. kadangkala selepas ubat ini diberhentikan kanak - kanak itu mendapat sakit kepala sehingga merunsingkan para doktor kerana mereka tidak pasti sakit kepala itu disebabkan oleh tumbuhan otak. Keadaan ini telah dikenali sebagai ' Benign intracranial hypertension ' dan akan reda dengan sendirnya tampa apa - apa rawatan.
Satu jenis antibiotik yang biasa digunakan bagi rawatan orang dewasa yang menghidap jangkitan bakteria ialah ' tetracycline '. Ubat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak - kanak kerana boleh membawa kepada kekuningan gigi yang tidak boleh hilang. Sewajarnyalah ubat ini tidak boleh digunakan untuk kanak - kanak.
Vitamin memang selalu diberikan kepada kanak - kanak dan biasanya bancuhan yang disediakan itu mengandungi bahan - bahan vitamin yang tidak membawa kesan sampingan kepada kanak - kanak. Tetapi jika vitamin seperti vitamin D digunakan dengan berlebihan kanak - kanak itu boleh merasa kehausan , kencing dengan banyaknya akibat ketinggian tahap kalsium di dalam darah. Jika keadaan ini berterusan dengan lamanya ia boleh membawa batu karang dalam buah pinggang ( nephrocalcinosis ). Vitamin A jika dimakan dengan terlalu banyak boleh membawa kepada sakit perut , kulit yang kering , sakit tulang - tulang, sakit kepala dan sakit otot - otot.

Kesimpulan
Hampir semua ubat - ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda - tandanya hampir sama seperti penyakit - penyakit seperti jangkitan - jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat - ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat - saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan. Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan - kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ - organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati - hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketapikan.
Penicillin adalah sejenis antibiotik yang sangat mujarab dan telah banyak menyelamatkan nyawa manusia dari penyakit - penyakit berjangkit . Tetapi jarang - jarang kali terdapat individu yang alah (allergic) kepada suntikkan penicillin hingga membawa maut. Doktor lazimnya akan menyoal pesakit sama ada dia pernah mengalami alahan atau penyakit - penyakit alahan seperti lelah. Satu suntikan ujian (test dose) akan diberi sebelum pesakit disuntik dengan dos penicillin sepenuhnya.

Monday, 26 March 2012

TIPs Utk Baru nak Belajar Minum Air..


susah sangat nak minum air kosong ? meh nak bg tips yg kami ajar utk org yg baru nak blajar minum air....Waktu sembahyang ada brapa waktu ? 5 waktu kan..boleh tak sediakan..5 botol air mineral 500ml yg tlh diisikan air tu ? jadi selepas ambil wuduk..ambil satu botol..letak tepi sejadah..utk lebih kusyuk dlm solat..sblm takbir Allahuakhbar..minum 2-3 teguk air kosong tadik..InsyaALLAH bacaan dalam sembahyang mesti sempurna sebab tekak tak kering...ok..lepas kita berdoa..tekak mesti dahagakan..abiskan lebihan air kosong tadik...dan amalkan setiap waktu solat..
 
InsyaALLAH Solat lagi kusyuk dan yg pastinye badan kita akn semakin sihat...so jumlah kita minum air setiap waktu solat..500ml x 5 = 2.5 liter air..wah!!..tapi masih tak lagi cukup..itu belum yg minum waktu kerja lagi..itu pun skurangnya minum 1 liter air..InsyaALLAH dua2 dpt pahala..solat kusyuk dn berusaha utk sihat...susah tak ?? 
 
 
apapun fakta mengatakan 25kg berat badan kite..bersamaan (=) 1 liter air...nanti dah pandai minum air..tambah lagi..ikut keperluan badan kita..OK..very simple..fun n magical..

Monday, 5 March 2012

Kalori oh Kalori !!

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

 

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

 
Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

 

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori



jadi dengan NUTRISI HERBALIFE..kalorinya hanya 180-210 per serve...dan kelebihan nya juga..zat2 atau vitamin2 yg terkandung dalam Nutrisi ni..menyamai dgn zat2 /vatamin yg diatas..

Soalan Lazim Tentang Herbalife

S:Apakah Herbalife?

J: Herbalife adalah sebuah syarikat yang menjadi peneraju dalam industri pelangsingan badan, kebugaran (wellness), anti penuaan dan penjagaan diri.

S:Sudah berapa lamakah Herbalife beroperasi?

J: Herbalife di tubuhkan pada tahun 1980. Ini bermakna, Herbalife sudah beroperasi selama 32 tahun di 81 buah negara dan sedang berkembang. Herbalife juga tersenarai di bursa saham new york (NYSE).

S:Adakah herbalife mempunyai kesan sampingan?

J: Herbalife tidak mempunyai kesan sampingan kerana ia adalah sejenis makanan dan bukannya ubat. Oleh itu semua lapisan umur boleh menggunakan herbalife termasuk wanita hamil dan kanak2 tetapi dengan cara yang berbeza.

S:Apakah komponen utama untuk melangsingkan badan?

J: Komponen utama untuk melangsingkan badan adalah terdiri dari 3 produk iaitu Formula 1 (F1), Formula 3 (F3) dan Tea mix lemon and hibiscus.

S:Adakah produk Herbalife halal?

J: Ya, anda boleh semak di halaman web ifanca.org dan search Herbalife.

S: Kenapa ada orang ambil Herbalife F1 sahaja dan ada yang ambil F1 dengan F3?

J: Sebenarnya bergantung kepada pilihan masing-masing. Ada sebab kenapa ambil F1 sahaja dan kenapa ambil F1+ F3. Sebelum keluarkan duit untuk beli Herbalife, pastikan dulu apa target anda, nak turunkan berat(kg) dulu atau nak target untuk body shape (kurangkan inci). F1 untuk turunkan berat badan. Kalau ambil F1 sahaja, kg akan hilang dengan cepat. F3 pula untuk shape dan hilangkan inci. Kalau diambil F3 bersama F1, kg akan hilang lambat sikit tapi inci akan hilang cepat. So, pastikan apa target anda dulu sebelum order Herbalife dengan distributor yang dipilih.

S:Bagaimana Herbalife boleh menurunkan berat badan?

J: Secara purata, masyarakat Malaysia makan 1000 kalori sekali hidangan. Shake Herbalife hanya bernilai 180 kalori segelas.Oleh itu produk Herbalife berfungsi untuk mengurangkan pengambilan kalori melalui pengantian makanan, supaya kalori yang dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar tetapi dalam masa yang sama membekalkan tubuh dengan segala zat makanan yang badan perlukan supaya tubuh berfungsi dengan baik.Jika pengambilan kalori adalah kurang, tubuh akan mendapatkan kalori dari lemak dalam tubuh, maka lemak dalam badan akan berkurangan.

S:Boleh tak amik shake sekali dan normal meal sekali setiap hari untuk turunkan berat badan?

J: Tidak boleh. Untuk turun berat badan mesti ambil shake 2 kali sehari dan 1 normal meal.Kalau ambil 1 shake dan 1 normal meal, maknanya ada skip 1 meal. Amalan skip waktu makan tidak bagus diamalkan.

S: Masa normal meal boleh makan nasi ke?

J: Of course boleh. Cuma, kalau nak result lebih efektif, kena kurangkan nasi. Dinasihatkan ambil makanan yang seimbang waktu normal meal. Yang penting jumlah pengambilan kalori satu hari perlu dikurangkan untuk turunkan berat badan.

S: Macamana sukatan dan menu yang betul untuk consume Herbalife?

J: Soalan ni kena refer pada coach/ agen Herbalife anda. Sekiranya coach/agen anda tidak dapat memberikan jawapan yang sepatutnya/memuaskan, boleh hubungi saya untuk panduan.Pada sesiapa yang masih belum mendaftar pulak, boleh berikan saya email dan saya akan emailkan cara penggunaan Herbalife yang terbaik sekiranya anda berminat untuk menggunakan produk ini.

S: Boleh ke ibu yang sedang menyusukan anak menggunakan Herbalife?

J: Boleh. Malah, lebih baik lagi kerana ibu mendapat bekalan nutrisi yang secukupnya untuk menyusukan bayi. Kandungan soya dalam Herbalife juga boleh membantu menambah kuantiti susu ibu. Cuma teamix tidak digalakkan untuk ibu yg sedang menyusukan anak kerana teamix mengandungi caffein. Dikhuatiri akan menyebabkan bayi susah tidur dan mungkinsenang meragam.Ibu mengandung dan kanak-kanak juga boleh mengambil shake Herbalife.

S:Kalau berat badan sudah turun kpd berat ideal, adakah perlu lagi untuk mengambil produk herbalife?

J: Jika sudah mencapai berat ideal, anda hanya perlu mengambil sekali sehari untuk mengekalkan berat badan dan juga untuk kesihatan.

S:Adakah berat badan akan naik semula jika saya tidak lagi menggunakan produk ini?

J: Sebagai contoh, herbalife menurunkan berat badan dengan cara mengawal pengambilan kalori sehari. Jika kita mengambil makanan yang tidak diketahui berapakah kalori nya dan adakah cukup segala nutrisi yang diperlukan oleh badan,oleh itu adakah kemungkinan kita akan makan lebih dari yang sepatutnya? Sudah semestinya YA! jika begitu pasti berat badan anda akan naik semula dan kesihatan anda juga akan merosot, kerana kesihatan yang baik bergantung kepada apa yang kita makan.

S:Berapa lama masa yang diperlukan untuk menurunkan berat badan?

J: Bergantung kepada individu. Ada individu yang ingin kurangkan sebanyak 5 kg, ada juga ingin kurangkan sebanyak 10 kg. Jika ingin mengurangkan berat badan sebanyak 10 kg, katakan sebulan berat badan beliau boleh turun sebanyak 2 kg, 5 bulan 10 kg. Saya pula mengambil masa selama 5 bulan untuk menurunkan sebanyak 12 kg.

S:Bagaimana kita hendak pastikan semua nutrisi mikro di atas dibekalkan kepada badan setiap hari?

J:Usah risau! Segalanya telah diformulasikan, dikaji, disukat, dicuba dan terbuktiberkesan selama lebih 30 tahun. Semuanya ada dalam Formula 1!

S:Bagaimana boleh langsing dalam masa yang singkat?

J:Pengambilan Tea Mix akan membakar kalori seperti kita melakukan aerobik 20 minit.Jika kadar Metabolisma anda tinggi, berat akan turun lebih cepat kerana metabolisma membantu pembakaran kalori lebih cepat. Jadi pilih makanan yang seimbang semasa program ini.

S:Adakah pengambilan tea herbalife akan menyebabkan kita sering membuang air besar?

J: Produk herbalife adalah berbeza dengan produk pelangsingan yang lain. Pengambilan tea tidak akan menyebabkan kita sering membuang air besar seperti tea-tea pelangsingan yang lain. Ini kerana tea herbalife hanya membantu menambahkan proses pembakaran di dalam badan dan membuang toksin dalam badan serta meningkatkan tenaga. 

Saturday, 3 March 2012

Kejayaan Mereka dalam Herbalife 2

MARK HUGHES adakah mengata..siapa nak jadi PRESIDEN TEAM..jangan QUIT dalam Herbalife.ada yang 6 tahun jadi Presiden Team. ada yang 10 tahun..dan Ada yang 17 tahun..dan apa yang penting kita hendaklah terus bertahan dalam Herbalife ..InsyaALLAH kejayaan pasti akan tiba..dan jangan BERHENTI untuk terus membantu orang-orang yang memerlukan..tidak kiralah kita ini..PRES TEAM, MILL TEAM, GET TEAM, WORLD TEAM, SUPERVISOR, 42%, 35%, 25%...teruskan..teruskan..bantu orang yang memerlukan..IKHLASkan hati..Rezeki Allah ada dimana2..















Kejayaan Mereka dalam Herbalife 1

MARK HUGHES adakah mengata..siapa nak jadi PRESIDEN TEAM..jangan QUIT dalam Herbalife.ada yang 6 tahun jadi Presiden Team. ada yang 10 tahun..dan Ada yang 17 tahun..dan apa yang penting kita hendaklah terus bertahan dalam Herbalife ..InsyaALLAH kejayaan pasti akan tiba..dan jangan BERHENTI untuk terus membantu orang-orang yang memerlukan..tidak kiralah kita ini..PRES TEAM, MILL TEAM, GET TEAM, WORLD TEAM, SUPERVISOR, 42%, 35%, 25%...teruskan..teruskan..bantu orang yang memerlukan..IKHLASkan hati..Rezeki Allah ada dimana2..














Herbalife terbaik.InsyaAllah

petikan ini saya ambil dari carigold.com 


 "dalam byk2 MLM yang pernah saya pergi presentation n join jd member , herbalife lah yang paling mudah dan sgt relevan dgn keperluan. bila aku kaji marketing plan diorang mmg aku dpt lihat betapa mereka menjaga integriti syarikat dan distributor (bersifat adil dan minimise unsur kezaliman) - islamic principle 

 lagi satu dia tak pakai sistem kaki dua . sistem kaki dua ni mmg aku dapati sbg cara yang tidak islamic sbb fokus kpd kemasukan duit secara ekpress.... dan besanya sistem kaki dua ni syarikat dia tahu diorg susah nak sustain utk jangka masa panjang , maka dgn itulah mereka perkenalkan sistem kaki dua. dan ramai geng mlm suka sistem kaki dua sbb senang jd kaya....mereka ni tak kesah pasal keberkatan rezeki, 


rule of thumb nak tahu syarikat konsep MLM yang telus adalah jika bayaran keahlian diberikan sistem sokongan yang mantap. kesimpulan : Herbalife mmg tak dpt dinafikan kebagusan mereka dari segi Performance syarikat , ketelusan , pengiklanan , pelan pemasaran dan paling penting produk yang ada scientific backing. 

tapi biasalah ramai distributor/supervisor yang buat herbalife ni tanpa ilmu......sama macam majoriti org Islam yang beragama tanpa ilmu....kesannya adalah org lain dpt gambaran salah mengenai Islam. benda yg sama sy tengoo dlm herbalife ni selepas join kurang 3 minggu ni. 

 Kepada sesiapa yg baca sampai baris ini...buatlah herbalife dgn berpaksikan ilmu , anda akan lebih suka dgn herbalife dan visi pengasasnya. dan kamu akan dpt lihat byk keselarian dgn Islam yang asli. Allah menyuruh kita makan makanan HALALAN dan TOYYIBAN. 
Kamu boleh dpt ni dgn mengambil produk herbalife.......bkn bermakna hanya herbalife je boleh offer bende ni. Org islam pentingkan halal shj tanpa titikberatkan toyyiban." 

carilah sponsor-sponsor yang boleh membimbing kita kearah kesempurnaan diri terutamanya tentang Adab-adab dalam Islam.mudah-mudahan solat kita terjaga. bukan sekadar mengejar kepada keduniaan semata-mata. barulah apa yang kita dapt InsyaAllah berkat dunia dan akhirat.

Friday, 2 March 2012

Kami suka makan..tapi Herbalife ? :)

Makanan kegemaran tetap tidak ditinggalkan..makan tetap makan..tp Alhamdulillah..Herbalife tetap bersama kami...walau sesedap mana sekali pun apa yang kami makan...HEALTHY BREAKFAST 123 tak pernah kami tinggal..Alhamdulillah..badan sihat..maintain..dan bertenaga..tapi tabiat kami dahulu suka minum air manis + ais sudah tidak ada lagi dalam kamus hidup kami...cuma ada Tea Mix untuk kami bawa bekal ke mana kedai makan kami pergi....











Jumpa rakan Herbalife yg Positif

Alhamdulillah...rakan-rakan Herbalife yang saya jumpa..semuanya mendapat hasil yang baik dan berfikiran positif terhadap kesihatan dan kerjaya dalam Herbalife..semua mereka-mereka ini success dalam HERBALIFE..